Sunday, 22 May 2011

TELATAH COMPOSE ATAU TELATAH NATURAL???

Hmm tabiat telatah ani biasanya ada pada orang tua saja, tapi masa ani melarat ke orang muda jua. Dari apa yang aku tahu lah, tabiat ani inda mengira jantina , lelaki bebini semua disapunya. Malah, yang separuh separuh pun kana talan lih nya hehe kewujudan nya saja aku inda pasti sama ada waris, semula jadi ataupun dibuat buat.

Di sini, aku inda pulang kan bercerita fasal telatah ani bla bla bla~ , inda jua kan mengkritik fasal fasal urang telatah ani. Aku akui jualah yang tabiat ani buleh menghibur ataupun menceriakan seseorang. Aku sendiri pun terhibur.

Hmm aku kurang setuju atau inda suka sajalah fasal ada urang yang menggunakan tabiat ani sebagai senjata untuk menarik perhatian urang lain. Inda tahu lah baginya, mungkin telatah ani kiut kali wah. Ulah nya yang berpura pura telatah atu hmm inda ku terpakai lah. Inda pulang ku tahu ah kalau kamu kamu suka urang yang berpura pura telatah ani. Masing masing mempunyai cita rasa tersendiri. Cuma payah tani kan membezakan seseorang atu banar banar ataupun hanya berpura pura telatah.

Nothing more than
sekadar hiasan sahaja
Iatah, aku ada cerita fasal seorang kawan yang berpura pura telatah ani. Ia, yang ku kenal nada tabiat ani lah tapi inda tahu secara tiba tiba wujud tia tabiat atu rah nya. Kawan kawan yang lain apa lagi, suka lah menyakat kedia. Aku macam biasa lah, ikut rentak saja. Durang kajuti ia dengan satu patah perkataan, ia membalas satu paragraph. Semua orang ketawa, terhibur dan kesiukan dengan ketelatahan nya atu.

Satu hari, datang tia kawan ku ani, anu jenis pembuli nada had lah, ikut menyakat si telatah ani. Perkataan pertama, benda yang ada di dapan matanya. Apa lagi, si telatah pun terkajut dan membuat ayat dari perkataan yang disabuti kawan ku atu. Semua ketawa. Makin lama makin banyak perkataan disabutnya. Perkataan atu, semakin mendalam dan semakin sensitif. Akhirnya kawan ku sabut nama seseorang, nama bapa kepada si telatah, sambil mengantak meja. Sunyi, nada respond dari si telatah malah si telatah buat buat inda dangar tah pulang. Macam dirinya kembali normal! huhuhu

Aduh! Dari hari atu barulah aku tahu yang ada segelintir manusia yang makai tabiat telatah ani semata mata untuk menarik perhatian urang ramai. Malah mengaku yang dirinya banar banar telatah.

Aku yang alih alih ani pulang rasa kambang bulu bah mendangar ‘durang’ bertelatah. Macam, mihirlah rasanya. Jadinya, kepada mereka yang tergolong dalam golongan ani hmm sadar tah. Malar malar lihat cermin, inda rugi tu sebelum terlambat. Tapi inda apa lah kalau kamu selesa dengan keadaan kepura puraan kamu atu, cuma jangan saja pat aku lah.
Aku harap nada yang tersindirlah, apa jua kan artikal ani, bukannya padas sangat untuk menyindir urang, kan? Yang paling penting, jadi lah diri sendiri.


"TOPENG WALAU SEUMUR ABAD, AKHIRNYA AKAN TERBUKA JUA, KERANA TIADA KESAN YANG TIDAK TERTINGGAL DI SETIAP TAPAK YANG TERCIPTA, SEDARLAH HANYA KEASLIAN TUMPUAN UTAMA"

Moral: perhatian tidak perlu dicari dan jadilah diri sendiri, fasal keaslian dan kbenaran tentang diri adalah lebih menarik dari lakonan atau tiruan kerana setiap org ada keunikannya tersendiri...

Done By: WTP Miadi

No comments:

Post a Comment